Total Pageviews

Saturday 23 April 2011

KUIZ ULANGKAJI

  1. Bjn.Titiwangsa menganjur dari sempadan Thai ke selatan hingga ke J____________________________
  2. Di timur Bjn.Titiwangsa terdapat Bjn.Pantai Timur, Bjn.Tahan dan Bjn._____________________
  3. Bjn. utama di Sabah adalah Crocker dan _____________________
  4. Gunung tertinggi di Sarawak ialah G.Murud di Bjn. ________________________
  5. Bahagian lipatan yang melengkung ke atas ialah lintap mungkum/antiklin dan bahagian melengkung ke bawah dikenali ___________________
  6. Rangkaian sistem gunung lipat muda Asia bermula dari _________________________
  7. Bjn.Appalachian (Amerika utara) dan Bjn.Pennines(Jerman) adalah sistem gunung lipat ________________
  8. Dataran pantai barat Sabah yang paling luas ialah Dataran _____________________
  9. Hakisan pada susunan batuan keras dan lembut yang berselang-seli di kenali _______________dan _________________
  10. Gugusan Pulau ____________________merupakan satu kumpulan 99 buah pulau
  11. ____________________ialah bahagian dasar laut cetek berhampiran dengan pantai dengan kedalaman kurang 180 meter.
  12. Sungai-sungai di Sabah mengalir masuk ke Laut China selatan, L.Sulu dan L.___________________
  13. Sungai Perak mempunyai pola saliran bentuk __________________________
  14. Antara bentuk muka bumi di hulu sungai adalah jeram,airterun,lurah bentuk v dan _________________________
  15. Tasik ladam,tetambak dan delta terdapat di bahagian _______________sungai
  16. Tanah Tinggi Cameron di kenali ___________________________
  17. Empangan Chenderoh di Sungai Perak , Empg.Kenyir di sungai Terengganu dan Empg.Batang Ai di sungai _____________,Sabah
  18. Di Kota Tinggi(Johor), Hutan Lipur Lentang(Pahang) adalah kawasan rekreasi popular mempunyai _____________________
  19. Kuala Besut(Terengganu), Mersing(Johor),Pulau Ketam(Selangor) berkaitan aktiviti ____________________
  20. Sungai Rajang boleh dimudiki bot sejauh 425 km hingga ke bandar ____________________
  21. Sungai yang menjadi sempadan semulajadi antara Perak dengan Selangor ialah sungai ___________________
  22. Sungai Muda menjadi sempadan semulajadi antara Kedah dengan _______________________
  23. Sungai menjadi sumber pengairan pertanian. Contohnya di Sungai Kelantan terdapat Rancangan Pengairan __________________
  24. Bandar St.Moritz dan Davos di Switzerland terkenal kerana mempunyai iklim kering mikro yang dapat menyembuhkan penyakit ______________________
  25. Pulau Jawa mempunyai tanah gunung berapi subur jenis lava ______________
  26. Kopi ditanam di Jawa Timur manakala ___________________banyak ditanam di Jawa Barat.
  27. Sungai Chao Phraya mempunyai 4 cawangan iaitu sungai Me Ping,Me Wong,Me Nam dan Me ______________
  28. Bangkok dikenali ________________________
  29. Tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara ialah Tasik ____________________________
  30. _______________________ ialah proses pergerakan tanah secara beransur-ansur dan berterusan di kawasan cerun bukit.
  31. Kedudukan paksi bumi condong pada garis menegak pada sudut _____________________
  32. Jarak bumi paling hampir dengan matahari ialah perihelion dan jarak bumi paling jauh dari matahari dikenali ___________________
  33. Peredran bumi mengelilingi matahari menyebabkan 4 musim,siang & malam tidak sama panjang dan ______________________________________________________
  34. Kejadian siang yang sangat panas akan menyebabkan kejadian jenis hujan ________________________
  35. Kawasan paling lembap 5000 mm hujan di Malaysia ialah di ___________________,Sarawak
  36. Ribut Sumatera melanda pantai barat semenanjung khususnya Port Dickson hingga ke ____________________
  37. Semasa tiupan Angin Monsun Timur Laut, benua Asia mengalami musim __________________ dengan tekanan ______________
  38. Udara sejuk bertiup dari laut ke darat membentuk bayu ________________________
  39. Satu keadaan cuaca yang kering di luar pola iklim lazim dunia ialah fenomena ______________________
  40. Iklim Mediterranean,Iklim Steppe dan Iklim China tergolong dalam iklim ______________________________
  41. Penduduk Chimana tinggal di ____________________________
  42. Puak Evenks di Siberia tinggal di khemah dikenali _____________________
  43. Komuniti paling utara di dunia di Qaanaaq,Greenlang ialah perkampungan ___________________________
  44. Hujan tahunan kurang 250mm di Gurun Thar dan kira-kira 533mm di ____________________
  45. Di kawasan perindustrian seperti Petaling Jaya dan Larkin (Johor) biasa berlaku fenomena ______________________
  46. CFC yang menyebabkan penipisan lapisan ozon terdiri daripada gas klorin,florin dan ___________________
  47. Peningkatan Suhu tinggi di kawsan Bandar dikenali _______________________
  48. Fenomena pemanasan bumi kerana banyak haba terperangkap dalam lapisan atmosfera ialah ________________________
  49. Sungkai(Perak),Jenderak (Pahang),Gua Musang(Kelantan) ialah pusat pemeliharaan  ______________________
  50. Burung Kuang ditempatkan di _______________________,Perak
  51. Lapisan Hutan Khatulistiwa paling tinggi ialah ___________________(emergen)
  52. Lapisan pokok yang rapat,menghalang cahaya matahari ke lantai hutan dikenali lapisan ___________________(silara)
  53. Cendawan dan kulat tetupai adalah tumbuhan _______________________
  54. Hutan paya air masin terdapat di kawasan pantai berlumpur,muara sungai yang menghadap laut dan biasanya alami ____________________________
  55. Pokok Api-api,Gedabu,Berembang terdapat di hutan ______________________
  56. Akar_____________________menyerap oksigen daripada udara walaupun pokok separa tenggelam
  57. Hutan paya air tawar terdapat di kawasan rendah,bersaliran tidak baik/lembap dan di tanah ______________________
  58. Rumbia,Pulai Basong,Bintanggor,Terap terdapat di hutan __________________________
  59. Contoh tumbuhan menjalar di hutan pantai ialah _______________________
  60. Hutan pantai Malaysia sering dilawati burung migrasi antarabangsa seperti burung upih dan burung _____________________
  61. Tikus puncak,beruang matahari,katak pokok dan wak-wak hidup di hutan ___________________________
  62. Faktor2 yang mempengaruhi kepelbagaian tumbuhan semulajadi ialah bentuk muka bumi, tanih,iklim dan ___________________
  63. Hutan pantai sesuai tumbuh di tanih pasir bersifat ____________________
  64. Hutan Hujan tropika tumbuh di tanih _________________________
  65. Permukaan telinga yang lebar membantu musang ____________________mengurangkan suhu badan
  66. Ash kerdil,Lichen,willow adalah tumbuhan musim panas di kawasan _______________________
  67. Tapak kaki yang berbulu pada beruang kutub untuk menggelakkannya daripada _____________________dipermukaan salji licin
  68. Lavender,rosemary,martel ialah tumbuhan ____________________________
  69. Pokok jati,penaga,cendana,buluh terdapat di hutan ____________________________
  70. Komponen biotic(hidup) dan abiotik(bukan hidup) merupakan dua komponan dalam sesebuah -_____________________
  71. Kawasan _________________________ialah satu kawasan dimana hujan turun dan terkumpul membentuk saliran semulajadi.
  72. Bahan kimia semulajadi yang mempunyai nilai kesihatan pada tumbuhan hutan hujan tropika dikenali _______________________
  73. Gandarusa,misaikucing,mas cotek adalah __________________mempunyai nilai ___________________
  74. Menjaga,melindungi dan mengurus tumbuhan semulajadi dan hidupan liar dikenali langkah______________________
  75. Getah pokok ____________________diguna buat getah kunyah.
  76. Pokok ____________________ialah pokok tertinggi pernah direkod,lebih 75 m,habitat lebah liar dan burung enggang
  77. ____________________________ merupakan proses mengumpulkan maklumat tentang jenis,saizdan taburan tumbuhan semulajadi hutan
  78. _________________________meliputi kerja2 semaian,peneanaman,pembajaan,penjagaan dan rawatan pokok hutan
  79. Ladang pokok_________________ telah dibuka di Gua Musang(Kelantan) dan Mata Air(Perlis) sejak 1960
  80. ______________________ ialah hutan buatan manusia sebagai langkah pemuliharaan tumbuhan semulajadi
  81. Hutan ______________________ ialah hutan diwujudkan oleh Jabatan Hutan dan dijadikan sebagai tempat rekreasi dan mendapatkan maklumat tentang hutan.
  82. Samun _____________________ di gurun mempunyai sistem dua akar iaitu akar panjang dan akar merebak
  83. Addac Antelope mempunyai tapak kaki yang lebar untuk memudahkannya berjalan di atas ____________________
  84. Bunga Raflesia,periuk kera,orkid,pokok conifer seperti pain terdapat di lapisan _____________________dihutan gunung
  85. Musim panas 21-24 C, m.sejuk 10-14 C,hujan 400-800mm adalah ciri iklim _________________________
  86. Satu musim kering nyata,suhu 24-31 C,hujan 1000-2000mm ialah ciri iklim _______________________________
  87. Tenaga matahari,nutrient,tanih,udara,air ialah komponen ____________________dalam sesebuah ekosistem
  88. Haiwan dilindungi di Hutan Perlindungan Lanjak Entima,Sarawak ialah ______________________________
  89. ____________________ ialah insititut penyelidikan perhutanan  Malaysia
  90. Orang Eskimo/Inuit tinggal dalam khemah musim panas disebut _____________________
  91. Tangki air bawah tanahdi Guru Thar ialah ____________________
  92. _____________________ialah “kapal gurun”
  93. Di Switzerland, terdapat Banjaran ______________________ dengan gunung tertinggi dinamakan __________________
  94. Tasik Kenyir,Tasik Temenggor dan Tasik Chenderoh merupakan tasik __________________________
  95. Tasik ___________________ialah tasik paling dalam di Malaysia.
  96. Bukit Larut terletak di Banjaran _____________________
  97. Taman Negara Pahang terdapat di Banjaran ___________________
  98. Sungai Perak,Sg,Pahang,Sg,Kelantan bermula daripada Banjaran _________________________
  99. Pentas benua di perairan Malaysia ialah Pentas Sunda dan Pentas ______________________
  100. Tasik _________________ialah tasik air tawar terbesar di Malaysia.

2 comments: